Saturday, March 3, 2018

Maksud Spread dalam Forex



SPREAD

Perbezaan antara broker Bursa saham dan broker Forex adalah kerana komisen. Broker Forex anda yang mengenakan sedikit komisen dan ada yang tidak mengenakan sebarang komisen. Jadi macam mana mereka membuat duit? Sebab itu lah broker Forex mengenakan “spread” iaitu perbezaan antara harga sebenar dengan harga yang ditawarkan oleh broker Forex.

Disini anda akan dapat melihat “board” biasa mengenai matawang dan juga “spread”. Ini diambil dari sumber kami pada pagi ini., dan anda akan dapat melihat contoh perbezaan antara “Offer” (harga yang anda akan tempatkan untuk “Sell order”) dan “Bid” (harga dimana anda akan tempatkan “Buy order”) adalah 3 nilai “spread” nya.

Walau apa pun apakah ertinya kepada anda? Jadi mari kita tengok dekat “board”, jika anda membeli EUR/USD pada 1.2158 yang ditawarkan pada kolum “Offer” dan dengan jual nya kembali dengan cepat sebelum hara bergerak,anda hanya akan mendapat pada harga 1.2155 seperti yang ditunjukkan di kolum “Bid”. Jadi hasilnya anda mendapat -3 pips, dan ianya adalah kerugian bagi anda an keuntungan pada broker. Ingat untuk sentiasa meletakkan nilai “spread” itu dalam akaun anda apabila anda ingin meletakkan “order”, “set target” dan juga “Stop loss”.

BEARS DAN BULLS

Anda pasti akan kehairanan melihat perkataan “Bears” dan “Bulls” pada buku Forex dan juga laman chat, kenapa mereka memperkatakan mengenai haiwan ini dalam urusan “trading” mereka. Pengertian ia sangat meluas dalam pasaran Forex. “Bears” adalah dimana pasaran dalam keadaaan harga pasaran menurun, contoh bila terdapat ramai yang melakukan “Sell” dari “Buy” di pasaran. “Bull” pula adalah keadaan dimana nilai pasaran dalam keadaan menaik, dimana ramai yang melakukkan “Buy” dari yang melakukan “Sell” di pasaran.

Forex dan juga pasaran lain akan hanya menahan antara “Bull” dan “Bears”. Jika anda dapat mengenali seseorang yang boleh melakukan lonjakan atau anda dapat membaca pergerakan arah, sudah pasti anda lebih mudah untuk melakukan nya.

Jadi yang diatas itu hanya lah asas sahaja, terdapat banyak lagi yang perlu dipelajari untuk membantu anda.



Apa kesan apabila bank holiday dan kesan tiada liquidity…?
Secara mudahnya, apabila bank holiday, maka spread tinggi.
Contoh..?tengok bila market close pada hari Sabtu dan Ahad, kan tinggi spreadnya.
Tengok bila market close pada Krismas lepas, tinggi spreadnya, kan kita semua takut nak masuk position.hahaha.
dan spread tinggi tidak bagus untuk scalping.
Ini ditambah pula spread tinggi pada liquidity yang rendah.
Pada keadaan liquidity yang rendah biasanya market akan membentuk sideway. Kenapa terbentuknya sideway..?kerana buyer dan seller sama kuat,sama ramai dan yang enter position pada ketika itu hanyalah trader-trader bilisan.
Kenapa trader bilisan saja yang masuk position..? sebab trader-trader besar seperti bank kan cuti. Kan dah cakap tadi…. J hahaah…


Seperti yang dinyatakn di atas leverage di dalam Pasaran Pertukaran Asing adalah 1:100, kerana leverage yang tinggi. Walaupun ia amat menarik, ia turut berisiko tinggi. Leverage di Forex berkemungkinan memberi isu yang besar kepada para pedagang yang baru sahaja melibatkan diri dalam dagangan online dan hanya ingin menggunakan leverage yang besar, dan mengharapkan keuntungan yang besar, namun tidak mengendahkan kerugiaan yang bakal dihadapi turut besar.

Sumber : Kesan Spread Forex

Jenis Broker Forex 

No comments:

Post a Comment