egitu juga dalam pemilihan saham, kita semestinya inginkan saham-saham yang berkualiti sahaja untuk berada dalam portfolio kita. Tetapi apakah kriteria pemilihan saham bagi menentukan kualiti sesuatu saham itu?
Terdapat banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk memilih saham yang berkualiti dan mempunyai potensi untuk berkembang, di antara kaedah popular yang digunakan oleh pelabur dan pengurus dana adalah kaedah C.A.N.S.L.I.M. Ya, kaedah ini boleh membantu kita untuk mencari saham yang berkualiti seperti mana kita memilih kenderaan yang berkualiti untuk kegunaan harian kita.
ARBB bijak menyesuaikan diri dengan peredaran zaman dengan teknologi dilihat semakin canggih saban hari. Pengenalan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) bermakna industri turut perlu menyesuaikan diri menyahut cabaran dalam pekembangan revolusi teknologi ini. ARBB pantas menukar perniagaannya daripada industri pembalakan atau perkayuan kepada perniagaan berkaitan teknologi maklumat.
Inilah dikatakan perubahan baru yang dilakukan ARBB. Sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, ARBB memastikan mereka dapat menyediakan perkhidmatan dan servis yang terbaik dan berinovasi dalam bidang teknologi maklumat.
Jika syarikat tersebut dimiliki oleh banyak institusi yang mempunyai modal yang besar, pastilah ianya merupakan syarikat yang berkualiti tinggi.
M: Market Direction
Market direction ini ada tiga. Yang pertama adalah market menaik (uptrend), kedua adalah market menurun (downtrend) dan ketiga adalah market yang mendatar (sideways).
Pembelian saham yang terbaik adalah ketika saham itu berada di dalam keadaan yang menaik kerana kita sedang mengikut trend pasaran.
Bacaan Lain : Cara Guna Canslim
No comments:
Post a Comment