Sunday, December 20, 2020

Indikator Moving Average Saham

 Ramai pedagang mesti pernah alami situasi di atas kan? Situasi ini mungkin terjadi kerana kita mengejar harga saham yang sedang aktif diniagakan atau pun membeli kerana sentimen pasaran pada waktu tersebut.

Bagi mengelak dari terperangkap akibat terbeli dengan harga yang tinggi dan akhirnya terpaksa cut-loss, para pedagang saham haruslah menimba sedikit sebanyak menimba ilmu Technical Analysis (TA).

Ini kerana indicator di dalam TA dapat memberikan petunjuk atau pun pengesahan bagi pergerakan harga saham.

Di antara indicator yang paling mudah dan banyak digunakan oleh kebanyakan pedagang adalah Moving Average.

Moving Average merupakan indikator berdasarkan harga, kelewatan (atau reaktif) yang memaparkan purata harga sekuriti dalam suatu tempoh masa yang ditetapkan. Moving Average adalah salah satu cara yang bagus untuk mengukur momentum dan mengesahkan pergerakan arah aliran, dan penentuan kawasan sokongan dan rintangan. Pada asasnya, Moving Average digunakan untuk menghilangkan "gangguan" apabila pedagang cuba menafsirkan carta-carta. Gangguan ini terjadi apabila terdapatnya pergerakan turun naik harga dan volum. Disebabkan Moving Average adalah penunjuk yang ketinggalan/lewat dan bertindak balas kepada peristiwa-peristiwa yang telah terjadi, ia tidak dapat digunakan sebagai penunjuk ramalan masa hadapan tetapi sebagai penafsir untuk pengesahan dan analisis.

Apapun nama yang diberikan, fungsinya sama sahaja. Cuma bezanya pada weightage yang diletakkan. Contohnya Simple Moving Average, meletakkan weightage secara rata. Manakala Exponential Moving Average, meletakkan weightage pada harga yang terkini.
.
MA ni nampak je simple, tapi sebenarnya powerful! Ramai technical analysts ambil konsep MA kemudian mereka buat indicator baru berdasarkan MA. Contoh paling dekat kita boleh tengok pada indicator MACD (Default: 12-MA, 26-MA, 9-MA). Contoh lain Bollinger Bands, Commodity Channel Index, Stochastic (%D period), Ichimoku (Tenkan-sen, Kijun-sen).


Baca : Teknik Moving Average Saham 

RSI Dalam Saham

No comments:

Post a Comment