Sunday, December 20, 2020

Cara Membaca Candlestick Saham

Jika CLOSE berada diatas OPEN, kita boleh kata yang CANDLE itu akan BULLISH yang membawa maksud pasaran saham semakin menaik. Bullish Candle kita boleh lihat dengan CANDLESTICK PUTIH.

Kebanyakan platform akan guna WHITE CANDLE sebagai tanda MARKET BULLISH tetapi ia bukannya syarat mesti putih. Ada yang guna warna lain. Ikut cara kita tersendiri sebenarnya.

Selain itu, jika CLOSE berada dibawah OPEN, kita boleh kata yang CANDLE itu akan BEARISH yang membawa maksud pasaran saham semakin menurun.

Perbezaan Body size


2. Posisi Badan Candlestick

Adakah anda pernah melihat candlestick bersumbu panjang dengan posisi badan berada di salah satu hujungnya? Ini menunjukkan perlawanan bacaan.

Candlestick dengan posisi badan di tengah-tengah sumbu bawah dan atas menunjukkan keraguan atau pun ketidakpastian yang berlaku. Tak pasti samada harga akan naik atau turun.

3. Ukuran Badan Candlestick

Ukuran badan candlestick adalah point awal yang bagus kerana akan memperolehi banyak maklumat darinya. Panjang badan candlestick menunjukkan kekuatan salah satu pihak (nilai). Ukuran badan yang panjang bermaksud menunjukkan momentum bertambah kuat.

Semasa ukuran badan candlestick mengecil, momentum juga menjadi bertambah lemah. Secara ringkasnya, panjang badan candlestick menunjukkan berapa jauh harga telah bergerak selama tempoh candlestick tersebut.

6. Morning star, Evening star dan Shooting star

Ramai gak yg pening antara evening star dengan shooting star. Morning star senang je nak ingat sebab dia dok di bawah. Evening star dan morning star ada GAP. Shooting star takde. Shooting star asalnya ialah candle bullish, kemudian berlakunya take profit (biasanya dah sampai TP / resistance). Harga menurun meninggalkan shadow di atas sehingga 2 kali ganda body candle. Close di bawah harga candle sebelumnya (bearish candle / merah).
   
Evening star berlaku di garis resistance manakala morning star di garis support. Mempunyai fungsi yg sama iaitu uncertainty antara jualan dan belian. Candle keesokan harinya akan menetukan direction pergerakan harga selepas itu. Membina garisan support resistance, trendline, BBand dan fibonacci akan banyak membantu trader yg mengamalkan teknikal analisis dalam trading. Tidak ketinggalan juga frekuensi volume yg turut diperhatikan.

Ketiga-tiga jenis Star ini memberi signal awal pertukaran arah chart. 





Sumber : Jenis Candlestick Saham

No comments:

Post a Comment