Lazimnya, broker akan memberikan akses kepada 3 lapisan harga secara percuma dan 5 lapisan harga dengan mengenakan bayaran premium. Namun, terdapat juga broker yang memberikan akses kepada 5 lapisan harga secara percuma.
Juga Penentu Kepada Liquidity Sesuatu Saham
Market depth juga boleh digunakan bagi menganalisa liquidity saham kerana ia menunjukkan jumlah que order yang ingin dijual dan ingin dibeli bagi setiap lapisan harga.
Contoh ‘Thick Market Depth’
Explain pakai gambar senang, takda lah korang mengantuk nak belajar. Tengok dalam gambar atas ni, dekat Best Buy boleh nampak 4 jenis maklumat. Paling kiri menunjukkan berapa ramai yang tengah beratur nak beli. Jumlah lot yang diorang nak beli dalam kotak biru, dan kotak hijau adalah harga diorang nak beli. Kita boleh nampak jumlah keseluruhan lot yang orang beratur nak beli. Jadi persoalannya sekarang, sampai bila nak beratur? sampai ada orang nak beli/jual dengan harga yang ditunjukkan.
Analoginya, katakan saya nak beli Donut untuk sarapan, saya pergi kedai kuih dan tengok donut-donut yang ada dijual. Saya dapati donut yang sama dijual oleh peniaga yang pada tanda harga yang berbeza. Pastinya saya sebagai pembeli akan beli pada harga terbaik (Best Buy/Sell) yang dioffer. Bila saya beli sahaja, terus kurang satu donut dari kedai tadi (volume) dan makcik jual kuih akan catit dalam buku 555 ada orang beli dgn harga RM1.24 (harga semasa).
Cara Nak Setup Column Buy Rate
Bila sentuh tentang buy rate, ada cara sebenarnya untuk kita tengok secara kasar untuk kesemua saham yang ada.
Caranya adalah kita letakkan buy rate column dalam view kita.
Cara Pertama:
- 1.Right click
- 2. Insert new column
- 3. Transaction info
- 4.Buy rate
Cara Kedua:
- 1.Tekan simbol gear
- 2. Window customise column
- 3. Transaction info
- 4. Buy rate.